Sunday, 21 June 2009

Anak-anak yang di Bukit Bintang.


1) Hari ini masuk kerja jam 12:30 petang agak sibuk. Banyak kerja-kerja yang 'pending' dua tiga hari lepas terpaksa diselesaikan hari ini. Pun begitu tidaklah sesibuk mana dan lepas dua jam setengah semuanya selesai.

2) Hari ini depan kedai 'Schein' di Lot10 ada satu persembahan theater kanak-kanak sempena hari bapa. Entah macammana masa latihan dulu agaknya tak tahulah, pasal kelihatan semuanya bersepah-sepah tak ikut susunan. Tapi comel juga nampak kanak-kanak yang bagi persembahan bersepah macam tu, teringat pula masa kecil dulu disekolah rendah. Selalu buat persembahan pentas dan selalunya semua persembahan tu mestilah bersepah-sepah. Apapun ianya sangat comel dan menghiburkan, sekurang-kurangnya ada juga perkara baik yang kanak-kanak tu lakukan.

3) Dalam persembahan tadi tak kelihatan seorang pun anak Melayu ambil bahagian. Tak tahulah kenapa. Mungkin anak-anak ni dari sekolah antarabangsa barangkali fasal semua yang ambil bahagian kulitnya cuma dua jenis, samaada putih melepak (anak Cina dengan Eropah) dan kulit gelap (pastinya anak India pasal tak rupa macam anak Afrika).

4) Persembahan anak-anak ini memang comel. Saya terhibur, rakan-rakan saya juga turut ketawa melihatnya. Sayang anak Melayu tak turut serta. Kalau di Bukit Bintang ni hari minggu macam ni anak muda Melayu memang ramai, jumlahnya kalau dikumpul-kumpulkan mungkin sampai ribuan orang dan mungkin kalah kalau dibandingkan dengan jumlah orang yang turut serta dalam demonstrasi-demonstrasi yang pernah diadakan sekitar Kuala Lumpur ini.

5) Kerja anak-anak muda ini tiada lain melepak, jumpa kawan dan bila dah bersua muka sama-samalah melepak memenuhkan ruang yang ada di sisi-sisi jalan di Bukit Bintang ni. Mungkin mereka bosan di rumah. Maklumlah rumahkan membosankan.

6) Sayang anak Melayu. Manalah perginya pejuang-pejuang UMNO di sekitar Kuala Lumpur ni? Apa tak perasankah? Atau saja buat tak peduli? Masalah remaja yang begini sebenarnya bukan salah mereka saja, saya tahu semua orang pun tahu yang remaja lepak-lepak tanpa pedulikan rasionaliti hidup ini bukan salah remaja saja. Salahnya alam sekitar. Alam sekitarnya yang merosakkan otak dan pemikiran manusia di kota-kota ini. Dari yang tua sampai ke anak-anak dan semestinya anak-anak Melayu yang banyak jadi mangsa.

7) Macammana anak-anak muda nak menyokong kerajaan UMNO/BN, mereka bukan peduli pun dengan masalah sosial anak-anak muda zaman sekarang ni. Semuanya sibuk dengan berpolitik bagi mengukuhkan kuasa yang masih ada. Sama macam cerita saya semalam, tak seorang pun cuba cari jalan penyelesaian, semua sibuk berpolitik supaya jadi lebih menonjol kedepan.

8) Apa guna menonjol kedepan seorangan sedangkan yang dibelakang kita hancur berantakan? Carilah jalan menyelesaikan masalah. Bukan cari sesuatu untuk dipersalahkan...

Sekian hari ini, selamat cuti.

Redha ben Shahrir

No comments:

Post a Comment