Sunday, 21 June 2009

Semua Buku Aku Teringin Baca.


1) Blog yang saya terbitkan siang tadi ada sikit silap. Sebenarnya dalam persembahan theater anak-anak di Lot10 siang tadi ada juga anak-anak Melayu yang turut serta. Ibubapa mereka turut ada sama menonton memberi sokongan. Bertuah juga anak-anak itu ada ibubapa yang demikian. Sanggup hantar anak ke akademi theater. Dari buang masa dengan melepak baik juga 'joint' aktiviti yang macam itu. Pelajaran yang saya boleh belajar hari ini antaranya adalah jangan menilai manusia dengan sekali pandang. Apa ada pada warna kulit?

2) Dalam seminggu ni saya berjaya membaca 4 buah buku. Ini rekod terbaik dalam seminggu sepanjang usia 25 tahun ni. Buku yang paling meninggalkan kesan ialah buku karangan Hasrizal Abdul Jamil, "Aku Terima Nikahnya" dan "Aku Terima Nikahnya 2 Bercinta Sampai ke Syurga". Kenyang otak dibuatnya. Kalau ada sesiapa yang belum pernah dengar tajuk buku ni silalah pergi ke kedai-kedai buku berhampiran anda. Kepada sesiapa yang kenal dengan saya dan teringin nak baca buku tu 'free' dari saya buat masa ni tak dapatlah ye... Fasal bukunya sekarang tak ada ditangan saya, Hanan 'member' dari The Curve pinjam. Tapi yang siri satulah, yang siri dua ada pada saya.

3) Dua malam lepas Khairul bagi pinjam buku "alias Chin Peng", baru baca satu muka surat tapi gambar-gambar dalam buku tu semuanya dah habis saya tilik. Dah lama juga teringin nak membacanya tapi nak dibeli mahal nak dipinjam tak ada pula orang yang memiliki. Buku "alias Chin Peng" ni tebal. Kalau ikut rekod-rekod biasa saya, buku yang semacam ini mahu seminggu baru habis.

4) Orang cakap baca Utusan Malaysia termakan propaganda UMNO, baca Harakah propaganda PAS, Roket propaganda DAP, Suara Keadilan propaganda PKR dan kalau baca buku komunis nanti termakan pulak propaganda komunis. Nak gelak besar-besaran pun ada kalau dengarkan cakap kawan-kawan yang gila ni. Habis kalau kita baca semua macammana? Semua propaganda kita makanlahkan, kenyanglah. Nasihat saya pada semua, kalau ingin membaca, bacalah bahan yang pelbagai. Jangan senantiasa setia dengan satu sumber saja. Kalau setia dengan satu sumber saja tu yang otak jadi beku tu asyik fikiran yang sama saja masuk dalam otak kita... Maka jadilah kita macam pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang hidup dengan TV1,2,3,7,8,9, Utusan, Berita Harian dan Metro dan sebab itu slogan mereka "dulu, kini dan selamanya", UMNO dan Barisan... Hehehehehehehe...

5) Selama ini kita didedahkan dengan bahan bacaan yang banyak dari puak-puak yang berhaluan kanan. Kalau yang kiri sikit sekali jumlahnya dipasaran, dan kalau ada pun di pasarkan bahan-bahan ini sudah ditapis-tapis oleh puak yang kanan ini. Nak buat macammana kanankan biasanya lebih kuat dan berkuasa dari sebelah yang kiri. Jadi redha sajalah... Tapi kalau ada peluang untuk membacanya, bacalah! Jangan lepaskan peluang membacanya. Hidup kena seimbang, jangan masukkan ke otak maklumat hanya dari satu sumber, nanti jadi bodoh. Teringat pula dengan Sheikh Ahmad Deedat dari Durban, dia suka berdebat. Berdebatkan bagus terbuka otak kita dalam menilai sesuatu.

6) Kalau boleh saya teringin membaca buku karangan Salman Rusdi, The Satanic Verse. Kenapa sampai boleh pula Ayatollah keluarkan fatwa bunuh pada si Salman ni... Mushkil saya.

7) 'Anyway' selamat malam semua...

Redha ben Shahrir.

1 comment: