Friday, 26 June 2009

Wanita Idaman Jiwaku.

Happy Salma... Cantik sungguh kejadian engkau...

Hari ini dan kematian Michael Jackson.


1) Dah lama tak tulis blog... Walaupun baru dua hari. Maklumlah "busy", hari-hari ada saja benda-benda yang "adventure" terjadi.

2) Dua malam lepas saya pergi 'Pavilion' fasal nak tengok filem baru 'Transfomer'. 'Best' gilalah filem tu. Menakutkan! Kalaulah makhluk yang mengerunkan yang semacam 'autobot' tu hidup sekali sama-sama dengan kita... Mau berketar kepala lutut. hehehe...

3) Hari ni saya off-duty. Siang tadi telahpun dipenuhi dengan acara tidur siang yang panjang tanpa ganguan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang suka menggangu waktu rehat saya. Maklumlah dah 10 hari kerja tanpa cuti. Tidur yang sungguh nikmat. Syukur.

4) Petang tadi lepas asar saya terpaksa berkejar ke Lot10 jumpa Yoshi dengan motor kapcai fasal ada hal "personel". Fasal kalau pakai kereta mau berjam-jam menunggu di jalan-jalan Kuala Lumpur yang memang terkenal sesak. Lepas jumpa Yoshi dan "say hi and bye-bye to" Khairul "and" Muling motor kapcai saya pecutkan sehabis kuat menghala ke Taman Dato' Harun, Jalan Klang Lama fasal ada acara makan sate lepas Magrib di rumah kakak saudara saya, Rohimi. Satenya memang cukup "power". Berpinar otak saya sekarang ni, tak tahu nak fikir fasal apa. Maklumlah makan dah tahap melampau.

5) Lepas makan sate dan borak-borak saya mencari 'pot' baik untuk menulis blog ini. 'Pot" baik dijumpaui dan saya pun mula menaip... Apa yang saya taip? Inilah benda yang sedang anda baca ni! Hehehe...

6) Apa pun mari kita sedekahkan suratul al-Fatihah kepada saudara seagama kita Allahyarham Encik Mikail Jackson yang telah pun kembali ke rahmatullah difahamkan pagi tadi waktu Malaysia. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah dan semoga berada dikalangan orang-orang solihin, insyaallah...

7) Al-Fatihah....................................................!

8) Alhamdulillah... Akhir kata, "cukuplah kematian itu sebagai pemberi peringatan kepadaku".

Tuesday, 23 June 2009

Melayu Oh Melayu




1) Semalam tak dapat nak tulis apa-apa diruang blog ni fasal mengantuk tahap 'pemusnah besar-besaran' (maksudnya mengantuk sangat). Dah tiga empat malam tidur cuma tiga-empat jam saja fasal nak menghabiskan buku 'alias Chin Peng, My side of History' dan sampai saat ini tak terabiskan lagi. Memang tebal bukunya.

2) Petang tadi saya pergi lagi ke MPH di BB plaza. Dah lama tak keruangan buku-buku politik dan tadi entah kenapa agaknya saya memang membelek banyak buku di ruangan tu, tak semua, tapi bolehlah dikatakan hampir semua. Banyak buku yang ada semuanya stok lama cuma ada satu yang belum pernah terlihat sebelum ini 'Saya Pun Melayu' karya bahasa Melayu pertama Zaid Ibrahim, bekas Menteri de' facto undang-undang dan keadilan Malaysia dan salah seorang "Melayu terbilang" dalam dunia ni. Saya pun tak tahu siapa yang bagi beliau gelaran "Melayu terbilang" tersebut, saya tak sempat siasat. Tapi mungkin ini disebabkan beliau adalah salah seorang Melayu paling kaya dalam dunia ini maka itu sebabnya beliau digelarkan demikian, wuallahhualam...

3) 'Saya Pun Melayu' satu ayat yang sangat-sangat menyentuh jiwa saya saat saya terpandang kulit buku karya Zaid Ibrahim ini. Maklumlah, keMelayuan saya pun kadang-kadang selalu tercabar. Dan ayat 'saya pun Melayu' selalu juga terpacul dari mulut saya diwaktu-waktu sebahagian manusia mempertikaikan akan keMelayuan saya yang dikatakan tidak berapa Melayu. Samaada seseorang itu Melayu atau separuh Melayu atau mungkin bukan Melayu langsung hanya Allah yang tahu secara pasti, bukan "Perlembagaan Malaysia" yang menentukannya. Perlembagan negara ini bukanlah kitab kudus yang sempurna yang patut jadi panduan sebenar dalam mendefinisikan keMelayuan seseorang.

4)"Menurut Perkara 160 (2), Perlembagaan Malaysia: Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur mengunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka samaada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura...". Ini yang menurut 'Perlembagaan Malaysia'.

5) Tetapi menurut UNESCO pada 1972 lain pula! Melayu itu ditakrifkan atau didefinisikan sebagai satu suku bangsa yang berada di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagascar. Skopnya lebih luas berbanding yang ada dalam 'Perlembagaan Malaysia' dan kalau difikirkan balik, orang-orang Melayu di Brunei itu apa pula ye? Dan bagaimana pula Melayu yang ada di Sri Lanka? Melayu yang ada di Tanjung Harapan, South Africa? Dan lain-lain kelompok kecil masyarakat Melayu di mana-mana pelusuk dunia ini? Siapa mereka itu? Apakah mereka ini keturunan dari apa yang didefinisikan oleh Perlembagaan Malaysia itu? Atau mungkin bukan? Jadi tidak ada satu definisi khusus untuk memastikan siapa Melayu itu.

6) KeMelayuan bangsa Melayu itu tidak boleh didefinisikan melalui satu cara sahaja. Ada banyak cara dan ada banyak definisi, jadi bila tidak ada yang dapat memastikan Melayu itu secara yang khusus maka bagaimana pula boleh dituding pada hidung seseorang dengan menyatakan dia ini bukan Melayu yang sejati! Apakah yang menuding jari itu seorang Melayu yang sejati pula?

7) Saya tidak membeli buku karya Zaid Ibrahim tersebut. Saya memang ingin memilikinya tapi takut pula kalau saya beli buku tersebut, buku yang Khairul pinjamkan 'alias Chin Peng' tak dapat pula saya khatamkan. Tapi selepas habis buku komunis ni mesti saya dapatkan buku Zaid Ibrahim yang nampak sangat menguja kalau dinilai dari tajuknya. Tapi isinya siapa tahu? Orang yang sudah membacanya pastilah sudah tahukan... hehehe

Redha ben Shahrir

Sunday, 21 June 2009

Semua Buku Aku Teringin Baca.


1) Blog yang saya terbitkan siang tadi ada sikit silap. Sebenarnya dalam persembahan theater anak-anak di Lot10 siang tadi ada juga anak-anak Melayu yang turut serta. Ibubapa mereka turut ada sama menonton memberi sokongan. Bertuah juga anak-anak itu ada ibubapa yang demikian. Sanggup hantar anak ke akademi theater. Dari buang masa dengan melepak baik juga 'joint' aktiviti yang macam itu. Pelajaran yang saya boleh belajar hari ini antaranya adalah jangan menilai manusia dengan sekali pandang. Apa ada pada warna kulit?

2) Dalam seminggu ni saya berjaya membaca 4 buah buku. Ini rekod terbaik dalam seminggu sepanjang usia 25 tahun ni. Buku yang paling meninggalkan kesan ialah buku karangan Hasrizal Abdul Jamil, "Aku Terima Nikahnya" dan "Aku Terima Nikahnya 2 Bercinta Sampai ke Syurga". Kenyang otak dibuatnya. Kalau ada sesiapa yang belum pernah dengar tajuk buku ni silalah pergi ke kedai-kedai buku berhampiran anda. Kepada sesiapa yang kenal dengan saya dan teringin nak baca buku tu 'free' dari saya buat masa ni tak dapatlah ye... Fasal bukunya sekarang tak ada ditangan saya, Hanan 'member' dari The Curve pinjam. Tapi yang siri satulah, yang siri dua ada pada saya.

3) Dua malam lepas Khairul bagi pinjam buku "alias Chin Peng", baru baca satu muka surat tapi gambar-gambar dalam buku tu semuanya dah habis saya tilik. Dah lama juga teringin nak membacanya tapi nak dibeli mahal nak dipinjam tak ada pula orang yang memiliki. Buku "alias Chin Peng" ni tebal. Kalau ikut rekod-rekod biasa saya, buku yang semacam ini mahu seminggu baru habis.

4) Orang cakap baca Utusan Malaysia termakan propaganda UMNO, baca Harakah propaganda PAS, Roket propaganda DAP, Suara Keadilan propaganda PKR dan kalau baca buku komunis nanti termakan pulak propaganda komunis. Nak gelak besar-besaran pun ada kalau dengarkan cakap kawan-kawan yang gila ni. Habis kalau kita baca semua macammana? Semua propaganda kita makanlahkan, kenyanglah. Nasihat saya pada semua, kalau ingin membaca, bacalah bahan yang pelbagai. Jangan senantiasa setia dengan satu sumber saja. Kalau setia dengan satu sumber saja tu yang otak jadi beku tu asyik fikiran yang sama saja masuk dalam otak kita... Maka jadilah kita macam pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang hidup dengan TV1,2,3,7,8,9, Utusan, Berita Harian dan Metro dan sebab itu slogan mereka "dulu, kini dan selamanya", UMNO dan Barisan... Hehehehehehehe...

5) Selama ini kita didedahkan dengan bahan bacaan yang banyak dari puak-puak yang berhaluan kanan. Kalau yang kiri sikit sekali jumlahnya dipasaran, dan kalau ada pun di pasarkan bahan-bahan ini sudah ditapis-tapis oleh puak yang kanan ini. Nak buat macammana kanankan biasanya lebih kuat dan berkuasa dari sebelah yang kiri. Jadi redha sajalah... Tapi kalau ada peluang untuk membacanya, bacalah! Jangan lepaskan peluang membacanya. Hidup kena seimbang, jangan masukkan ke otak maklumat hanya dari satu sumber, nanti jadi bodoh. Teringat pula dengan Sheikh Ahmad Deedat dari Durban, dia suka berdebat. Berdebatkan bagus terbuka otak kita dalam menilai sesuatu.

6) Kalau boleh saya teringin membaca buku karangan Salman Rusdi, The Satanic Verse. Kenapa sampai boleh pula Ayatollah keluarkan fatwa bunuh pada si Salman ni... Mushkil saya.

7) 'Anyway' selamat malam semua...

Redha ben Shahrir.

Anak-anak yang di Bukit Bintang.


1) Hari ini masuk kerja jam 12:30 petang agak sibuk. Banyak kerja-kerja yang 'pending' dua tiga hari lepas terpaksa diselesaikan hari ini. Pun begitu tidaklah sesibuk mana dan lepas dua jam setengah semuanya selesai.

2) Hari ini depan kedai 'Schein' di Lot10 ada satu persembahan theater kanak-kanak sempena hari bapa. Entah macammana masa latihan dulu agaknya tak tahulah, pasal kelihatan semuanya bersepah-sepah tak ikut susunan. Tapi comel juga nampak kanak-kanak yang bagi persembahan bersepah macam tu, teringat pula masa kecil dulu disekolah rendah. Selalu buat persembahan pentas dan selalunya semua persembahan tu mestilah bersepah-sepah. Apapun ianya sangat comel dan menghiburkan, sekurang-kurangnya ada juga perkara baik yang kanak-kanak tu lakukan.

3) Dalam persembahan tadi tak kelihatan seorang pun anak Melayu ambil bahagian. Tak tahulah kenapa. Mungkin anak-anak ni dari sekolah antarabangsa barangkali fasal semua yang ambil bahagian kulitnya cuma dua jenis, samaada putih melepak (anak Cina dengan Eropah) dan kulit gelap (pastinya anak India pasal tak rupa macam anak Afrika).

4) Persembahan anak-anak ini memang comel. Saya terhibur, rakan-rakan saya juga turut ketawa melihatnya. Sayang anak Melayu tak turut serta. Kalau di Bukit Bintang ni hari minggu macam ni anak muda Melayu memang ramai, jumlahnya kalau dikumpul-kumpulkan mungkin sampai ribuan orang dan mungkin kalah kalau dibandingkan dengan jumlah orang yang turut serta dalam demonstrasi-demonstrasi yang pernah diadakan sekitar Kuala Lumpur ini.

5) Kerja anak-anak muda ini tiada lain melepak, jumpa kawan dan bila dah bersua muka sama-samalah melepak memenuhkan ruang yang ada di sisi-sisi jalan di Bukit Bintang ni. Mungkin mereka bosan di rumah. Maklumlah rumahkan membosankan.

6) Sayang anak Melayu. Manalah perginya pejuang-pejuang UMNO di sekitar Kuala Lumpur ni? Apa tak perasankah? Atau saja buat tak peduli? Masalah remaja yang begini sebenarnya bukan salah mereka saja, saya tahu semua orang pun tahu yang remaja lepak-lepak tanpa pedulikan rasionaliti hidup ini bukan salah remaja saja. Salahnya alam sekitar. Alam sekitarnya yang merosakkan otak dan pemikiran manusia di kota-kota ini. Dari yang tua sampai ke anak-anak dan semestinya anak-anak Melayu yang banyak jadi mangsa.

7) Macammana anak-anak muda nak menyokong kerajaan UMNO/BN, mereka bukan peduli pun dengan masalah sosial anak-anak muda zaman sekarang ni. Semuanya sibuk dengan berpolitik bagi mengukuhkan kuasa yang masih ada. Sama macam cerita saya semalam, tak seorang pun cuba cari jalan penyelesaian, semua sibuk berpolitik supaya jadi lebih menonjol kedepan.

8) Apa guna menonjol kedepan seorangan sedangkan yang dibelakang kita hancur berantakan? Carilah jalan menyelesaikan masalah. Bukan cari sesuatu untuk dipersalahkan...

Sekian hari ini, selamat cuti.

Redha ben Shahrir