Monday, 29 June 2009

Pengalaman Dengan Ajaran Sesat, siri 2.


Setelah diperkanankan oleh kedua-dua pihak, antara pihak Penulis dan Hanan dengan Encik Mat. Maka pada kami sepakat dan setuju untuk mengadakan kelas Al-Quran kami yang pertama di pejabat yang Encik Mat dakwa miliknya, di Uptown Damansara. Waktu kami sampai di office tu, tak nampak pulak macam office milik orang Melayu. Tak pastilah saya siapa yang punya property itu... Wallahhualam, hanya Allah S.W.T. saja yang memiliki segala-gala property yang wujud.

Pada waktu kelas kami yang pertama-tama, di Lembah Klang yang berjerebu sekarang ini sedang bermusim hujan, hujan malam. Asal malam saja hujan, asal malam saja hujan, asal malam saja hujan. Asal hujan saja malam... Begitulah keadaannya.

Jadi pada kelas yang pertama itu penulis dan Hanan telah pun sampai dulu dilokasi yang dijanjikan, didekat Restoran Khalifah di Uptown, Damansara, dan lebih kurang 15 minit kemudian Encik Mat pun datang. Dia datang bersama seorang teman dan kami diperkenalkan dengan temannya itu, namanya Encik Nordin, yang pada mulanya kami gelarkan beliau ni ustaz.

Setelah sesi berkenalan, bertegur-sapa dan bertanya khabar yang sangat-sangat singkat. Encik Mat menjemput kami semua naik keatas pejabat beliau di tingkat 2 bangunan rumah kedai itu. Kami pun naik.

Pejabat Encik Mat ini dikunci dengan pad-lock dan rantai. Pad locknya besar, rantainya pun tebal dan besar membaluti handle pintu kaca pejabat itu. Masuk kedalam, keadaannya sedikit berhabuk di sikit-sikit tempat dan banyak berhabuk di banyak tempat. Nampak seperti sebuah pejabat yang tak berapa nak beroperasi perniagaannya, yang penulis ingat sangat ialah lukisan gambar kuda dengan ayat tulisan cina yang terlekat di dinding.

Masuk ke pejabat kami di bawa ke sebuah bilik, bilik itu agak bersih berbanding kawasan lain dalam pejabat itu dan ada penghawa dingin yang agak baru nampaknya. Dari penglihatan mata penulis yang rabun-rabun ayam bila waktu malam ini, boleh diagak kalau bilik itu selalu digunakan, juga berdasarkan tarikh yang tertulis di white board di dinding bilik yang menunjukkan tarikh baru, penulis tak ingat tarikhnya bila. Di bilik itu ada satu meja "boss" menghadap betul-betul sebuah sofa untuk seorang duduk berwarna biru. Di sebelah kanan sofa ini ialah pintu masuk bilik dan di sebelah kanan pintu masuk pula ada sebuah lagi sofa untuk dua orang duduk juga berwarna biru sama warna dengan sofa yang satu tadi, dan sofa yang satu ini menghadap white board yang bertarikh tadi itu. Di sebalik meja "boss", ada sebuah kerusi "boss" yang tak begitu besar dan tinggi seperti kerusi-kerusi "boss" yang biasa kita nampak. Encik Mat selalu guna kerusi ini.

Encik Nordin yang kami panggil ustaz duduk di sofa yang satu. Sebab-musababnya kenapa beliau kami panggil ustaz adalah berkemungkinan besar kerana penampilan beliau yang berjanggut sejemput di dagu seperti ustaz-ustazlah keadaannnya. Penulis juga berjanggut kadang-kadang, tetapi keadaan janggut penulis adalah lebih mirip kepada janggut rockers-rockers atau pemain gitar dalam kumpulan-kumpulan rock kapak tanah air yang sudah tak kejualan album lagi. Dan kalau janggut sahabat penulis, Hanan bin Ali, yang berjanggut juga kadang-kadang, lebih mirip kepada janggut pengganas-penganas yang suka jadi pengebom berani mati dari kumpulan Al-Qaeda yang internasional lagi ternama itu.

Jadi Encik Nordin duduk di sofa satu. Penulis dan sahabat duduk di sofa dua, manakala Encik Mat menarik kerusi 'boss' di sebalik meja kehadapan meja dan duduk pula disitu.

Bersambung esok ... (Penat ar... Ada kat JB ni, cuti hari ni...)

No comments:

Post a Comment