Tadi tiba-tiba penulis bertanya pada Hanan bin Ali sahabat penulis berkenaan Nabi Adam, nenek moyang kita yang berasal dari syurga itu. Penulis ingat dia ada kelas agama hari ni jadi bolehlah dia tanyakan sikit-sikit soalan penulis pada ustaz atau ustazah yang mengajarkan dia Al-Quran dan bahasa Arab di Damansara sana tu. Penulis macam biasa di Bukit Bintang hari ini. Teringin betul nak pergi ke kelas-kelas agama yang macam tu, tapi apakan daya setakat ni belum jumpa lagi yang bersesuaian dengan masa kerja yang berada di waktu-waktu prima ni.
Ada kenangan hitam tak lama dulu fasal nak mencari ilmu Al-Quran ini antara penulis dengan sahabat, Hanan. Kejadian berlaku lebih kurang lima-enam bulan lepas di Damansara, atau mungkin tujuh-lapan bulan lepas. Hitam kejadian ini lebih hitam dari kulit Hanan sendiri dan pastinya tak secerah kulit penulis. Biasalah, macam kata P.Ramlee, Sudin dan Ajis dalam filem "Pendekar Bujang Lapuk".
"Cobaan!!!". Dan kami anggap ini semua memang cobaan belaka.
"Tapi ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian". Kata pendekar Mustar dalam filem tu sambil terduduk. hehehe... Berdekah ketawa bila teringat balik filem tu, walaupun tak terkira entah dah berapa kali menonton filem klasik P.Ramlee ni.
Jadi macam dialog dalam filem klasik P.Ramlee, kejadian yang menimpa kami berdua memang betul-betul kejadian dan juga ianya memang pun satu cobaan. Maha suci Allah yang memberi ujian kepada makhluknya untuk mengukur sejauh mana keimanan mereka... Masyaallah!!! Kami bersyukur atas pertolongan Allah yang menyedarkan kami dari mengikuti jalan orang yang sesat.
Ceritanya bermula pada waktu penulis berkerja dengan Talent Frame Sdn. Bhd. di Ikea, Mutiara Damansara. Setelah meninggalkan ScheinOrthopaedics Sdn. Bhd. selama lebih kurang enam bulan penulis berkerja di situ. Tak lama, tak sampai sebulan pun berkerja di Talent Frame. Waktu berkerja di situlah penulis berkenalan dengan seorang hamba Allah yang nampak baik tutur kata dan perilakunya, nama beliau Encik Mat. Nama sebenar sampai sekarang tak penulis ketahui. Encik Mat kata dia mengajarkan ilmu Al-Quran kepada siapa saja yang ingin mengetahinya secara percuma tanpa apa-apa bayaran, ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. Masyaallah! Perkenalan kami di situ tidaklah secara panjang lebar sampai ke salasilalah keturunan dia dan keturunan penulis, hanya sepintas lalu saja. Kalau tahulah dia akan salasilah keturunan penulis mungkin kejadian ini tak berlaku agaknya... Wallahhualam, Allah saja yang mengetahui segala-gala.
Lepas berkerja dengan Talent Frame tak sampai sebulan, penulis kembali semula ke pangkuan Schein yang dicintai. Kembali semula untuk menganalisa dan membetulkan kaki-kaki makhluk Allah yang bernama insani. Kerja di Talent Frame mungkin tidak menepati talent yang ada. Mungkin talent yang ada ialah pada melihat dan membetulkan struktur kaki manusia dengan orthotik dan kasut orthopaedik, wallahhualam Allah S.W.T. saja yang mengetahuinya secara pasti.
Untuk tahap pertama setelah agak lama meninggalkan Schein, penulis telah ditempatkan di cawangan di The Curve, tempat kerja lama juga. Di situ ada Donna Sta Maria, seorang sahabat dan Britta Klingspor, seorang "pemain" impot dari German berijazah insinyur bagi menunjuk ajar cara kerja yang betul pada rakan kerja di Malaysia supaya tidak tersasar lari jauh dari induk di Tanah German sana. Dah banyak berubah Schein sejak ditinggalkan. Dan di depan kedai atau pusat orthotik penulis itu, masih lagi tersergam indah sebuah kedai menjual alat-alat senaman, Johnson Fitness, tempat sahabat-sahabat penulis yang dikasihi juga. Salah seorang sahabat Najah Raihan binti Fouzi, yang dulunya berkerja di Schein pada saat ketika penulis meninggalkan Schein telah berkerja pula di Johnson Fitness. Muka-muka lama Hanan dan Ridzwan masih juga di situ, tak hilang, cuma saja muka yang amat diharap-harapkan ada disitu sudah tiada lagi di Johnson Fitness. Kalaulah dia masih ada... Atau mungkin dia terbaca blog yang tak seberapanya ini. Penulis harapkan dia bahagia dengan kehidupannya sekarang, insyaallah. Kirim salam dengan suami ya... Kah kah kah kah.
Jadi, pada waktu berkerja di Schein untuk kali yang kedua inilah bahagian otak penulis yang diberi nama "God Spot" itu oleh saintis masakini selalu saja tersentuh dan di sentuh-sentuh sampai kadang terketar-ketar. Ada-ada saja makhluk Allah S.W.T. yang mengusiknya sampai ada ketikanya penulis tunduk sendirian menangisi akan keadaan diri yang penuh silap dan dosa ini. Syukur pada Allah yang empunya dunia dan terima kasih juga pada Habiburrahman El Shirazy kerana telah menulis novel "Ayat-ayat Cinta" yang terlaris itu. Kalau bukanlah asbabnya novel cinta itu mungkin kurang jumlah insan-insan yang menyentuh akan God Spot penulis. Dan yang paling banyak bicara fasalnya adalah Hanan. Maklumlah dia ni "budak sembahyang lima waktu". Bagus orangnya, syukur pada Allah kerana wujud dia di dekat-dekat kita.
Oleh sebab bahagian God Spot itu tadi selalu saja disentuh dan tersentuh akibat dari gelombang kesedaran yang tinggi dikalangan kami akibat dari novel "Ayat-ayat Cinta" barangkali. Maka hati dan jiwa kami senantiasa merasa ingin dekat dengan sedekat-dekatnya kehadrat Allah S.W.T.. Terutamanya sahabat penulis yang sembahyang lima waktu itu. Maka Hanan ajukan soalan pada suatu hari yang berbahagia yang penulis dah lupa bilakah hari itu, akan kehendak hatinya untuk menuntut ilmu Allah supaya diri lebih dekat kepadaNya. Maka ketika itulah penulis teringat akan perkenalan antara penulis dan Encik Mat di Talent Frame, orang yang sudi mengajar ilmu Al-Quran yang dengan tanpa meminta apa-apa balasan apa pun, ikhlas hanya kerana Allah S.W.T.. Masyaallah!!!
Setelah agak lama terkial-kial mencari nombor telefon Encik Mat, akhirnya jumpa juga. Penulis serahkan nombor itu pada Hanan dan tanpa lengah-lengah Hanan menelefon Encik Mat yang pada ketika itu entah dimana...
Encik Mat sudi berjumpa Hanan pada petang itu juga. Kami berdua agak kaget. Cepat sungguh tindak-balas Encik Mat ni, tak sama macam ustaz-ustaz yang lain yang pernah penulis maupun Hanan kenal.
Hanan pergi jumpa Encik Mat tak lama lepas di telefon. Penulis dah lupa samaada di "Coffee Bean" atau di "Starbuck". Rasa penulis di "Coffee Bean". Khabar Hanan pada penulis Encik Mat bertanya kenapa dan mengapa penulis tak ikut sama berjumpa dia? Jawab Hanan penulis sibuk dan tak ada orang lain di kedai penulis selain penulis sendiri, jadi Hananlah jadi wakil.
Setelah berjumpa sekejap itu, tarikh pun disetkan untuk memulakan kelas Al-Quran kami yang pertama. Menurut Encik Mat kelas Al-Quran ini ada tujuh tahap, satu kelas satu tahap. Jadi tujuh kelas, tujuh tahaplah. Pelik sedikit fasal Encik Mat kata kelas lebih baik kalau diadakan di rumah salah seorang dari kami. Tapi kami tak mahu menyusahkan pula keluarga kami dan Encik Mat sendiri jadi kata kami kelas tu patut di adakan di tempat Encik Mat sajalah. Lagipun pada masa itu penulis tinggal di Shah Alam dan Hanan di Damansara. Macammana pulakan...
Bersambung...

No comments:
Post a Comment