Wednesday, 14 October 2009


Ayat dalam baris lagu M.Nasir "Tanya Sama Itu Hud-Hud", "Lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih" benar-benar terkesan dijiwa saya pada Sabtu lepas (10 Oktober 2009) bilamana saya berada dipuncak Bukit Tabur, Taman Melawati diGombak. Bagai melihat dunia dari mata burung dari atas puncak itu buat pertama kali bukanlah pengalaman yang menyenangkan. Rasa takut dan takjub terhadap ciptaan Allah menyelubungi jiwa pada saat itu. Di puncak itu saya merasa betapa kecilnya diri saya yang sedang hidup bersama banyak lagi gerombolan makhluk Allah yang jauh lebih besar dan menakjubkan yang selama ini saya tidak pedulikan langsung tentang kewujudannya. Dan ketakjuban itu juga membuat saya teringat akan kebesaran Sang Maha Pencipta yang menciptakan segala ketakjuban itu, betapa dahsyatnya, betapa menakjubkan pula Sang Maha Pencipta yang telah menciptakan katakjuban dan kedahsyatan itu? Dan betapa kecilnya dan betapa tidak berharganya segala apa yang kita inginkan, cita-citakan dan impikan seperti wang yang banyak, rumah yang besar, kereta mewah yang berderetan, isteri cantik yang mengiurkan dan segala macam perhiasan dunia! Siapakah gerangan yang dapat membantu sekiranya berlaku apa-apa dipuncak bukit itu selain Allah? Apakah Mercedes S-Class yang menjadi igauan kita akan membantu kita? Apakah wang RM1 juta akan datang dan membantu? Apakah gelaran dato' dan tan sri akan membuatkan kita selamat sejahtera? Tidak! Tiada gunanya semua itu. Itu hanya hayalan. Tidak membantu pun kalau Allah tidak mengizinkan. Dan itu baru dipuncak bukit, belum dialam akhirat yang kekal abadi!

Friday, 10 July 2009

Surat Terbuka Buat Engkau...


Assalamualaikum wrt. wbt.,

Untukmu, Bakal isteriku...,

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang itu? Bukanlah niat ini disertai oleh hawa nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku..."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana jiwaku diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikanNya kepadaku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu.

Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu. Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin tentang diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar da'ie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita".

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain.

Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca yang menyilaukan mata. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik".

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana.

Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri. Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal”. ika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku,

Bakal suamimu...

Saturday, 4 July 2009

Puisi "Aku", oleh Chairil Anwar.


AKU.

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Maret 1943

Tuesday, 30 June 2009

Ayam Putih Dan Manohara.


Setelah sekian lama tak balik ke rumah mak-ayah di Johor, malam semalam penulis mengambil keputusan untuk balik kampung. Balik dengan menaiki bas dari Pudu Raya. Johor negeri kelahiran penulis dan di sini juga penulis menghabiskan masa kanak-kanak yang selalu dipenuhi riang-ria sampai usia 17 tahun barulah berpindah ke Lembah Klang, atau orang Johor panggil "Kei El".

Sudah lama benar rasanya tidak menghidu bau rumah yang harum, setor yang berhabuk, kambing yang busuk dan bau reban ayam yang membunuh itu. Walaupun bau reban ayam itu lebih hebat dan dahsyat dari bau ketiak tanpa deodorant yang tak mandi setelah penat balik berkerja... baunya tetap dirindui. Dan kehadiran ayam hutan berbulu putih mulus di reban yang bersejarah itu mencipta satu lagi sejarah buat reban ayam yang penuh dengan sejarah itu.

Menurut riwayat "kaki ekor" yang suka akan bidang perbomohan nombor ekor ("kaki ekor" adalah gelaran bagi tahi judi nombor ekor tanpa mengira sama ada ianya 4D Magnum, Da Ma Cai "Kuda" maupun Sport Toto yang Mega, Jackpot, Super, 6D, 5D ataupun 4D), ayam hutan berbulu warna putih mulus itu adalah ayam milik orang bunian yang tinggal di dalam hutan dan boleh menjadi bahan asas yang sangat-sangat mujarab bagi proses meminta atau menurun nombor ekor... Kah kah kah kah.

Sungguh pun begitu menurut emak penulis yang juga pemilik ayam hutan berbulu warna putih mulus tersebut, setakat ini beliau tidak pernah pun didatangi oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti tahi-tahi judi mahupun tahi-tahi masyarakat bagi mengetahui tentang ayam tersebut. Menurut riwayat yang pernah di dengar, pernah terjadi dulu di kawasan perladangan kelapa sawit Tunjuk Laut yang terletak diantara Mersing dan Kota Tinggi, Johor akan hal yang membabitkan ayam hutan berbulu warna putih ini. Ada orang pernah memiliki ayam hutan berbulu putih mulus yang semacam milik emak penulis itu disana, maka dibomohkannya ayam itu dengan seorang bomoh nombor ekor, maka menjadilah nombornya naik nombor satu tak lama kemudian. Konon cerita dia kaya sekejap saja, fasal tak lama lepas tu mati terkejut di kedai kopi di bandar Kota Tinggi. Mungkin mati terkejut fasal kaya tiba-tiba agaknya... Wallahhualam, hanya Allah yang mengetahui. Dan penulis juga tak berapa nak sohih tentang siapakah gerangan periwayat cerita ini... Boleh percaya atau tidak pun tak tahu nak cakap.

Emak penulis, seperti juga ayah memang seorang yang banyak bercakap. Kalau ayah suka bercakap fasal politik, emak pula suka bercakap fasal apa saja yang bukan politik. Jadi maka itu pertumbuhan otak penulis telah dilengkapi dengan idea-idea politik dan juga idea-idea yang bukan politik. Ini kerana sejak kecil lagi sudah didendangkan dengan nyanyian tanpa muzik dari bebelan ayah dan emak yang politik dan yang tidak politik itu. Tapi mungkin disebabkan ayah selalu keluar berkerja maka idea-idea dari emak lebih banyak masuk ke otak berbanding idea-idea dari ayah dan mungkin disebab itu juga agaknya saya mengambil langkah menyertai Parti Keadilan Rakyat yang agak berlainan dari parti-parti politik yang disertai oleh kebanyakkan orang Melayu di Johor ini.

Jadi disebabkan oleh ayah tiada di rumah siang tadi sebab berkerja. Maka emaklah yang menemani penulis berborak tentang pelbagai isu. Dan isu yang paling menarik perhatian adalah isu Manohara Odelia Pinot yang gelar namanya Cik Puan Temenggong Kelantan, isteri sah Tengku Temenggong Kelantan Darul Naim. Isu sensasi ini tidaklah begitu sensasi kalau di Lembah Klang fasal isu-isu politik negara lebih panas gejolak apinya dari cerita rumah tangga VIP ini. Panas jugalah sekejap, tapi sekejap saja, tak sepanas di Johor Bahru. Salah satu sebabnya adalah kerana isu sensasi ini telah disensasikan oleh media elektronik dari negara jiran Indonesia dengan letupan tahap bom nuklier dan siaran TV Indonesia boleh didapati di sini. Kalau orang Lembah Klang baru boleh menikmati pelbagai siaran TV hanya setelah Astro wujud, orang Johor Bahru sudahpun menikmati siaran TV yang pelbagai sejak lama dulu. Bukan saja ada TV Malaysia 1, 2, 3 tapi juga Chanel 5, 8, Suria dari Singapura dan SCTV, RCTE, TRANS TV dari Indonesia dan ada banyak lagi saluran TV Singapura dan Indonesia yang dah lupa apa namanya.

Memang mendengar dari mulut emak yang sudah dipengaruhi oleh siaran TV dari Indonesia itu, sadis mendengarkan kisah nasib malang gadis muda berusia 17 tahun ini. Dan di TV Indonesia ianya lebih disadiskan lagi oleh pengamal medianya. Macam kata dalam filem P.Ramlee, Madu Tiga...

"Kesian..."

"Eh, kenapa kesian?"

"Kesian..."

"Iyalah, kenapa kesian?"

"Ish, ish, ish kesian..."

"Dah gila agaknya budak ni!!!". Jawab bini muda Jamil.

Pada pandangan penulis yang akal tak berapa nak dalam ni. Dalam menilai atau melihat kes Manohara itu haruslah dari pelbagai sudut pandang. Tidak boleh hanya di pandang dari perspektif Indonesia saja dan tidak boleh pula di pandang dari perspektif
Malaysia saja. Tidak boleh hanya menilai dari sudut pandang Manohara dan ibunya sahaja dan tidak boleh menilai hanya dari sudut pandang Tengku Temenggong Kelantan dan peguam beliau sahaja. Masukkan juga keadaan semasa, alam sekitar, usia, berbezaan adat dan budaya dan banyak yang lain-lain lagi.

Pada perspektif penulis, yang pertama kenapa Manohara ini dikahwinkan pada usia 15-16 tahun? Bukankah ini usia yang terlalu muda untuk berkahwin di zaman ini? Kalau zaman dahulu-kala, zaman datuk-nenek kita, di seluruh Nusantara ini baik di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan seluruh gugusan kepulauan Melayu, berkahwin pada usia begini memang selalu saja terjadi dan menjadi kebiasaan. Kalau berkahwin pada usia 30an akan di anggap lewat dan jarang terjadi sebab keluarga baik lelaki maupun perempuan akan sedaya-upaya mencarikan jodoh untuk anak-anak bujang mereka supaya tidak dikutuk orang kampung dengan gelar bujang tua atau anak dara tua. Nenek penulis berkahwin pada usia 14 tahun. Tak lama lepas berumah tangga Jepun datang menjajah tanah ini. Ini zaman dulu-kala. Tapi di zaman yang serba mencabar lagi canggih ini bagaimana bisa? Berkahwin pada usia muda bukanlah satu kebiasaan lagi. Kalau berkahwin pada usia 17 tahun sekali pun akan dilihat aneh, inikan pula 15 atau 16 tahun. Apakah potensi atau kebolahan anak muda ini bisa berkembang lebih lebar dan berjaya lagi setelah dibebani tanggungjawabnya sebagai isteri? Atau apakah potensi diri anak muda ini akan ditamatkan saja setelah berumah tangga dengan jejaka idaman? Apakah menjadi seorang isteri itu kemuncak pencapaian yang hendak di tuju? Bolehkah anak muda ini nanti jadi isteri yang baik dan bertanggungjawab penuh terhadap suami dan rumah-tangganya? Rasa tanggungjawab apa yang difikiran oleh anak berusia 14, 15, 16 tahun ini terhadap suaminya? Sedangkan pengetahuan berkenaan persenyawaan sperma dan ovum baru saja di pelajari di tingkatan tiga! Iaitu pada usia 15 tahun!

Siapa punya angkara yang menikahkan Manohara ini? Dan perasaan apa pula yang dimiliki oleh insan yang sanggup menerimanya sebagai isteri? Manohara ini berkahwin dengan anak seorang sultan. Bukan sepupu sultan, bukan anak saudara sultan, bukan anak orang marhaen yang merima darjah kerabat (D.K) dari sultan. Bukan! ini anak sultan yang mempunyai gelaran yang panjang dan agak susah disebut orang kebanyakan dan menduduki tangga antara yang teratas bagi mewarisi sebuah tahta kerajaan yang berdaulat. Jadi peranan isteri orang yang semacam ini tak sama dengan peranan isteri penulis (yang belum pasti siapalah gerangan orangnya nanti...). Jadi tanggung-jawab isteri orang yang begini pastilah besar sekali.

Ambil Puteri Masako dari Jepun sebagai contoh. Puteri negara matahari terbit ini seorang yang berpelajaran tinggi. Pernah berkerja pula dengan diplomat-diplomat. Usianya matang, bukan budak-budak. Keturunannya baik-baik, bukan kalangan artis yang penuh skandal seks, dadah maupun jiwa. Dan dari sini kita boleh menilai yang beliau bukan calang-calang orang berbanding Manohara yang cuma seorang model yang bermodalkan wajah dan tubuh cantik serta gaya yang gedik-gedik. Seorang diplomat atau orang yang berkerja dengan mana-mana diplomat mestilah orang yang sangat sopan-santun dan bertata tertib, mesti tahu cara yang paling baik untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan tidak mendatangkan marah mana-mana pihak, harus selalu mengalah atau diam saja. Dan manusia yang bernama Masako ini pun kadang-kadang tidak tahan dan tertekan dengan tata-cara istana Jepun itu, inikan pula anak remaja yang baru meningkat usia yang tidak berpelajaran tinggi, tidak berpengalaman luas dalam pergaulan dengan golongan aristokrat dan gedik-gedik pula.

Isteri kepada seseorang yang bergelar Tengku Temenggong Kelantan itu bukan hanya mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya sahaja. Isteri orang yang bergelaran seperti ini memegang jawatan dan gelaran sebagai "Cik Puan Temenggong Kelantan". Dan jawatan dan gelaran ini bukan percuma. Ia datang dengan tanggungjawab berat, bukan free, bukan boleh nak makan gaji buta. Otak apa yang diguna pakai sampai boleh memilih kanak-kanak yang seperti Manohara ini untuk memegang jawatan dan gelaran "Cik Puan Temenggong Kelantan". Apakah sudah tidak ada pilihan lain? Apakah di Malaysia ini tidak ada lagi anak-anak raja yang cantik-cantik, yang elok-elok, yang sopan-sopan? Atau anak-anak pembesar lainnya. Atau lain-lain wanita yang berpelajaran, berakal datau berotak? Atau apakah kerana kecantikannya maka semua yang terlibat dengan kes ini telah dibius cinta macam lagu Melly Goeslow yang terkenal itu?

Sebab itu kita kena kembali kepada jalan Allah, kembali kepada Al-Quran dan as-sunnah. Semua orang tahu kalau Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawasanya kalau nak mencari isteri itu carilah yang beragama... Jangan mentang-mentang orang tu seksi dan gedik-gedik dia membuat hati kita cair dan mengelegak nafsu serakah kita, terus saja kita berkehandakkan dia supaya menjadi bini kita. Jangan yeop!!! Berpikio kome!!! Nanti menyesal tak sudah...

Penyudahnya jadilah macam orang yang meminta nombor ekor pakai ayam hutan berbulu warna putih tadi... Kaya dan bahagia cuma sekejap, tak lama mati... Innalillahhiwainnalillahhirojiun...

(Kalau nak di panjangkan cerita ni memang sangat-sangat panjang. Tapi rasanya cukuplah sampai sini je... emmm...)

Monday, 29 June 2009

Pengalaman Dengan Ajaran Sesat, siri 2.


Setelah diperkanankan oleh kedua-dua pihak, antara pihak Penulis dan Hanan dengan Encik Mat. Maka pada kami sepakat dan setuju untuk mengadakan kelas Al-Quran kami yang pertama di pejabat yang Encik Mat dakwa miliknya, di Uptown Damansara. Waktu kami sampai di office tu, tak nampak pulak macam office milik orang Melayu. Tak pastilah saya siapa yang punya property itu... Wallahhualam, hanya Allah S.W.T. saja yang memiliki segala-gala property yang wujud.

Pada waktu kelas kami yang pertama-tama, di Lembah Klang yang berjerebu sekarang ini sedang bermusim hujan, hujan malam. Asal malam saja hujan, asal malam saja hujan, asal malam saja hujan. Asal hujan saja malam... Begitulah keadaannya.

Jadi pada kelas yang pertama itu penulis dan Hanan telah pun sampai dulu dilokasi yang dijanjikan, didekat Restoran Khalifah di Uptown, Damansara, dan lebih kurang 15 minit kemudian Encik Mat pun datang. Dia datang bersama seorang teman dan kami diperkenalkan dengan temannya itu, namanya Encik Nordin, yang pada mulanya kami gelarkan beliau ni ustaz.

Setelah sesi berkenalan, bertegur-sapa dan bertanya khabar yang sangat-sangat singkat. Encik Mat menjemput kami semua naik keatas pejabat beliau di tingkat 2 bangunan rumah kedai itu. Kami pun naik.

Pejabat Encik Mat ini dikunci dengan pad-lock dan rantai. Pad locknya besar, rantainya pun tebal dan besar membaluti handle pintu kaca pejabat itu. Masuk kedalam, keadaannya sedikit berhabuk di sikit-sikit tempat dan banyak berhabuk di banyak tempat. Nampak seperti sebuah pejabat yang tak berapa nak beroperasi perniagaannya, yang penulis ingat sangat ialah lukisan gambar kuda dengan ayat tulisan cina yang terlekat di dinding.

Masuk ke pejabat kami di bawa ke sebuah bilik, bilik itu agak bersih berbanding kawasan lain dalam pejabat itu dan ada penghawa dingin yang agak baru nampaknya. Dari penglihatan mata penulis yang rabun-rabun ayam bila waktu malam ini, boleh diagak kalau bilik itu selalu digunakan, juga berdasarkan tarikh yang tertulis di white board di dinding bilik yang menunjukkan tarikh baru, penulis tak ingat tarikhnya bila. Di bilik itu ada satu meja "boss" menghadap betul-betul sebuah sofa untuk seorang duduk berwarna biru. Di sebelah kanan sofa ini ialah pintu masuk bilik dan di sebelah kanan pintu masuk pula ada sebuah lagi sofa untuk dua orang duduk juga berwarna biru sama warna dengan sofa yang satu tadi, dan sofa yang satu ini menghadap white board yang bertarikh tadi itu. Di sebalik meja "boss", ada sebuah kerusi "boss" yang tak begitu besar dan tinggi seperti kerusi-kerusi "boss" yang biasa kita nampak. Encik Mat selalu guna kerusi ini.

Encik Nordin yang kami panggil ustaz duduk di sofa yang satu. Sebab-musababnya kenapa beliau kami panggil ustaz adalah berkemungkinan besar kerana penampilan beliau yang berjanggut sejemput di dagu seperti ustaz-ustazlah keadaannnya. Penulis juga berjanggut kadang-kadang, tetapi keadaan janggut penulis adalah lebih mirip kepada janggut rockers-rockers atau pemain gitar dalam kumpulan-kumpulan rock kapak tanah air yang sudah tak kejualan album lagi. Dan kalau janggut sahabat penulis, Hanan bin Ali, yang berjanggut juga kadang-kadang, lebih mirip kepada janggut pengganas-penganas yang suka jadi pengebom berani mati dari kumpulan Al-Qaeda yang internasional lagi ternama itu.

Jadi Encik Nordin duduk di sofa satu. Penulis dan sahabat duduk di sofa dua, manakala Encik Mat menarik kerusi 'boss' di sebalik meja kehadapan meja dan duduk pula disitu.

Bersambung esok ... (Penat ar... Ada kat JB ni, cuti hari ni...)

Sunday, 28 June 2009

Pengalaman Dengan Ajaran Sesat, siri 1.


Tadi tiba-tiba penulis bertanya pada Hanan bin Ali sahabat penulis berkenaan Nabi Adam, nenek moyang kita yang berasal dari syurga itu. Penulis ingat dia ada kelas agama hari ni jadi bolehlah dia tanyakan sikit-sikit soalan penulis pada ustaz atau ustazah yang mengajarkan dia Al-Quran dan bahasa Arab di Damansara sana tu. Penulis macam biasa di Bukit Bintang hari ini. Teringin betul nak pergi ke kelas-kelas agama yang macam tu, tapi apakan daya setakat ni belum jumpa lagi yang bersesuaian dengan masa kerja yang berada di waktu-waktu prima ni.

Ada kenangan hitam tak lama dulu fasal nak mencari ilmu Al-Quran ini antara penulis dengan sahabat, Hanan. Kejadian berlaku lebih kurang lima-enam bulan lepas di Damansara, atau mungkin tujuh-lapan bulan lepas. Hitam kejadian ini lebih hitam dari kulit Hanan sendiri dan pastinya tak secerah kulit penulis. Biasalah, macam kata P.Ramlee, Sudin dan Ajis dalam filem "Pendekar Bujang Lapuk".

"Cobaan!!!". Dan kami anggap ini semua memang cobaan belaka.

"Tapi ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian". Kata pendekar Mustar dalam filem tu sambil terduduk. hehehe... Berdekah ketawa bila teringat balik filem tu, walaupun tak terkira entah dah berapa kali menonton filem klasik P.Ramlee ni.

Jadi macam dialog dalam filem klasik P.Ramlee, kejadian yang menimpa kami berdua memang betul-betul kejadian dan juga ianya memang pun satu cobaan. Maha suci Allah yang memberi ujian kepada makhluknya untuk mengukur sejauh mana keimanan mereka... Masyaallah!!! Kami bersyukur atas pertolongan Allah yang menyedarkan kami dari mengikuti jalan orang yang sesat.

Ceritanya bermula pada waktu penulis berkerja dengan Talent Frame Sdn. Bhd. di Ikea, Mutiara Damansara. Setelah meninggalkan ScheinOrthopaedics Sdn. Bhd. selama lebih kurang enam bulan penulis berkerja di situ. Tak lama, tak sampai sebulan pun berkerja di Talent Frame. Waktu berkerja di situlah penulis berkenalan dengan seorang hamba Allah yang nampak baik tutur kata dan perilakunya, nama beliau Encik Mat. Nama sebenar sampai sekarang tak penulis ketahui. Encik Mat kata dia mengajarkan ilmu Al-Quran kepada siapa saja yang ingin mengetahinya secara percuma tanpa apa-apa bayaran, ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. Masyaallah! Perkenalan kami di situ tidaklah secara panjang lebar sampai ke salasilalah keturunan dia dan keturunan penulis, hanya sepintas lalu saja. Kalau tahulah dia akan salasilah keturunan penulis mungkin kejadian ini tak berlaku agaknya... Wallahhualam, Allah saja yang mengetahui segala-gala.

Lepas berkerja dengan Talent Frame tak sampai sebulan, penulis kembali semula ke pangkuan Schein yang dicintai. Kembali semula untuk menganalisa dan membetulkan kaki-kaki makhluk Allah yang bernama insani. Kerja di Talent Frame mungkin tidak menepati talent yang ada. Mungkin talent yang ada ialah pada melihat dan membetulkan struktur kaki manusia dengan orthotik dan kasut orthopaedik, wallahhualam Allah S.W.T. saja yang mengetahuinya secara pasti.

Untuk tahap pertama setelah agak lama meninggalkan Schein, penulis telah ditempatkan di cawangan di The Curve, tempat kerja lama juga. Di situ ada Donna Sta Maria, seorang sahabat dan Britta Klingspor, seorang "pemain" impot dari German berijazah insinyur bagi menunjuk ajar cara kerja yang betul pada rakan kerja di Malaysia supaya tidak tersasar lari jauh dari induk di Tanah German sana. Dah banyak berubah Schein sejak ditinggalkan. Dan di depan kedai atau pusat orthotik penulis itu, masih lagi tersergam indah sebuah kedai menjual alat-alat senaman, Johnson Fitness, tempat sahabat-sahabat penulis yang dikasihi juga. Salah seorang sahabat Najah Raihan binti Fouzi, yang dulunya berkerja di Schein pada saat ketika penulis meninggalkan Schein telah berkerja pula di Johnson Fitness. Muka-muka lama Hanan dan Ridzwan masih juga di situ, tak hilang, cuma saja muka yang amat diharap-harapkan ada disitu sudah tiada lagi di Johnson Fitness. Kalaulah dia masih ada... Atau mungkin dia terbaca blog yang tak seberapanya ini. Penulis harapkan dia bahagia dengan kehidupannya sekarang, insyaallah. Kirim salam dengan suami ya... Kah kah kah kah.

Jadi, pada waktu berkerja di Schein untuk kali yang kedua inilah bahagian otak penulis yang diberi nama "God Spot" itu oleh saintis masakini selalu saja tersentuh dan di sentuh-sentuh sampai kadang terketar-ketar. Ada-ada saja makhluk Allah S.W.T. yang mengusiknya sampai ada ketikanya penulis tunduk sendirian menangisi akan keadaan diri yang penuh silap dan dosa ini. Syukur pada Allah yang empunya dunia dan terima kasih juga pada Habiburrahman El Shirazy kerana telah menulis novel "Ayat-ayat Cinta" yang terlaris itu. Kalau bukanlah asbabnya novel cinta itu mungkin kurang jumlah insan-insan yang menyentuh akan God Spot penulis. Dan yang paling banyak bicara fasalnya adalah Hanan. Maklumlah dia ni "budak sembahyang lima waktu". Bagus orangnya, syukur pada Allah kerana wujud dia di dekat-dekat kita.

Oleh sebab bahagian God Spot itu tadi selalu saja disentuh dan tersentuh akibat dari gelombang kesedaran yang tinggi dikalangan kami akibat dari novel "Ayat-ayat Cinta" barangkali. Maka hati dan jiwa kami senantiasa merasa ingin dekat dengan sedekat-dekatnya kehadrat Allah S.W.T.. Terutamanya sahabat penulis yang sembahyang lima waktu itu. Maka Hanan ajukan soalan pada suatu hari yang berbahagia yang penulis dah lupa bilakah hari itu, akan kehendak hatinya untuk menuntut ilmu Allah supaya diri lebih dekat kepadaNya. Maka ketika itulah penulis teringat akan perkenalan antara penulis dan Encik Mat di Talent Frame, orang yang sudi mengajar ilmu Al-Quran yang dengan tanpa meminta apa-apa balasan apa pun, ikhlas hanya kerana Allah S.W.T.. Masyaallah!!!

Setelah agak lama terkial-kial mencari nombor telefon Encik Mat, akhirnya jumpa juga. Penulis serahkan nombor itu pada Hanan dan tanpa lengah-lengah Hanan menelefon Encik Mat yang pada ketika itu entah dimana...

Encik Mat sudi berjumpa Hanan pada petang itu juga. Kami berdua agak kaget. Cepat sungguh tindak-balas Encik Mat ni, tak sama macam ustaz-ustaz yang lain yang pernah penulis maupun Hanan kenal.

Hanan pergi jumpa Encik Mat tak lama lepas di telefon. Penulis dah lupa samaada di "Coffee Bean" atau di "Starbuck". Rasa penulis di "Coffee Bean". Khabar Hanan pada penulis Encik Mat bertanya kenapa dan mengapa penulis tak ikut sama berjumpa dia? Jawab Hanan penulis sibuk dan tak ada orang lain di kedai penulis selain penulis sendiri, jadi Hananlah jadi wakil.

Setelah berjumpa sekejap itu, tarikh pun disetkan untuk memulakan kelas Al-Quran kami yang pertama. Menurut Encik Mat kelas Al-Quran ini ada tujuh tahap, satu kelas satu tahap. Jadi tujuh kelas, tujuh tahaplah. Pelik sedikit fasal Encik Mat kata kelas lebih baik kalau diadakan di rumah salah seorang dari kami. Tapi kami tak mahu menyusahkan pula keluarga kami dan Encik Mat sendiri jadi kata kami kelas tu patut di adakan di tempat Encik Mat sajalah. Lagipun pada masa itu penulis tinggal di Shah Alam dan Hanan di Damansara. Macammana pulakan...

Bersambung...

Friday, 26 June 2009

Wanita Idaman Jiwaku.

Happy Salma... Cantik sungguh kejadian engkau...

Hari ini dan kematian Michael Jackson.


1) Dah lama tak tulis blog... Walaupun baru dua hari. Maklumlah "busy", hari-hari ada saja benda-benda yang "adventure" terjadi.

2) Dua malam lepas saya pergi 'Pavilion' fasal nak tengok filem baru 'Transfomer'. 'Best' gilalah filem tu. Menakutkan! Kalaulah makhluk yang mengerunkan yang semacam 'autobot' tu hidup sekali sama-sama dengan kita... Mau berketar kepala lutut. hehehe...

3) Hari ni saya off-duty. Siang tadi telahpun dipenuhi dengan acara tidur siang yang panjang tanpa ganguan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang suka menggangu waktu rehat saya. Maklumlah dah 10 hari kerja tanpa cuti. Tidur yang sungguh nikmat. Syukur.

4) Petang tadi lepas asar saya terpaksa berkejar ke Lot10 jumpa Yoshi dengan motor kapcai fasal ada hal "personel". Fasal kalau pakai kereta mau berjam-jam menunggu di jalan-jalan Kuala Lumpur yang memang terkenal sesak. Lepas jumpa Yoshi dan "say hi and bye-bye to" Khairul "and" Muling motor kapcai saya pecutkan sehabis kuat menghala ke Taman Dato' Harun, Jalan Klang Lama fasal ada acara makan sate lepas Magrib di rumah kakak saudara saya, Rohimi. Satenya memang cukup "power". Berpinar otak saya sekarang ni, tak tahu nak fikir fasal apa. Maklumlah makan dah tahap melampau.

5) Lepas makan sate dan borak-borak saya mencari 'pot' baik untuk menulis blog ini. 'Pot" baik dijumpaui dan saya pun mula menaip... Apa yang saya taip? Inilah benda yang sedang anda baca ni! Hehehe...

6) Apa pun mari kita sedekahkan suratul al-Fatihah kepada saudara seagama kita Allahyarham Encik Mikail Jackson yang telah pun kembali ke rahmatullah difahamkan pagi tadi waktu Malaysia. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah dan semoga berada dikalangan orang-orang solihin, insyaallah...

7) Al-Fatihah....................................................!

8) Alhamdulillah... Akhir kata, "cukuplah kematian itu sebagai pemberi peringatan kepadaku".

Tuesday, 23 June 2009

Melayu Oh Melayu




1) Semalam tak dapat nak tulis apa-apa diruang blog ni fasal mengantuk tahap 'pemusnah besar-besaran' (maksudnya mengantuk sangat). Dah tiga empat malam tidur cuma tiga-empat jam saja fasal nak menghabiskan buku 'alias Chin Peng, My side of History' dan sampai saat ini tak terabiskan lagi. Memang tebal bukunya.

2) Petang tadi saya pergi lagi ke MPH di BB plaza. Dah lama tak keruangan buku-buku politik dan tadi entah kenapa agaknya saya memang membelek banyak buku di ruangan tu, tak semua, tapi bolehlah dikatakan hampir semua. Banyak buku yang ada semuanya stok lama cuma ada satu yang belum pernah terlihat sebelum ini 'Saya Pun Melayu' karya bahasa Melayu pertama Zaid Ibrahim, bekas Menteri de' facto undang-undang dan keadilan Malaysia dan salah seorang "Melayu terbilang" dalam dunia ni. Saya pun tak tahu siapa yang bagi beliau gelaran "Melayu terbilang" tersebut, saya tak sempat siasat. Tapi mungkin ini disebabkan beliau adalah salah seorang Melayu paling kaya dalam dunia ini maka itu sebabnya beliau digelarkan demikian, wuallahhualam...

3) 'Saya Pun Melayu' satu ayat yang sangat-sangat menyentuh jiwa saya saat saya terpandang kulit buku karya Zaid Ibrahim ini. Maklumlah, keMelayuan saya pun kadang-kadang selalu tercabar. Dan ayat 'saya pun Melayu' selalu juga terpacul dari mulut saya diwaktu-waktu sebahagian manusia mempertikaikan akan keMelayuan saya yang dikatakan tidak berapa Melayu. Samaada seseorang itu Melayu atau separuh Melayu atau mungkin bukan Melayu langsung hanya Allah yang tahu secara pasti, bukan "Perlembagaan Malaysia" yang menentukannya. Perlembagan negara ini bukanlah kitab kudus yang sempurna yang patut jadi panduan sebenar dalam mendefinisikan keMelayuan seseorang.

4)"Menurut Perkara 160 (2), Perlembagaan Malaysia: Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur mengunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka samaada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura...". Ini yang menurut 'Perlembagaan Malaysia'.

5) Tetapi menurut UNESCO pada 1972 lain pula! Melayu itu ditakrifkan atau didefinisikan sebagai satu suku bangsa yang berada di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagascar. Skopnya lebih luas berbanding yang ada dalam 'Perlembagaan Malaysia' dan kalau difikirkan balik, orang-orang Melayu di Brunei itu apa pula ye? Dan bagaimana pula Melayu yang ada di Sri Lanka? Melayu yang ada di Tanjung Harapan, South Africa? Dan lain-lain kelompok kecil masyarakat Melayu di mana-mana pelusuk dunia ini? Siapa mereka itu? Apakah mereka ini keturunan dari apa yang didefinisikan oleh Perlembagaan Malaysia itu? Atau mungkin bukan? Jadi tidak ada satu definisi khusus untuk memastikan siapa Melayu itu.

6) KeMelayuan bangsa Melayu itu tidak boleh didefinisikan melalui satu cara sahaja. Ada banyak cara dan ada banyak definisi, jadi bila tidak ada yang dapat memastikan Melayu itu secara yang khusus maka bagaimana pula boleh dituding pada hidung seseorang dengan menyatakan dia ini bukan Melayu yang sejati! Apakah yang menuding jari itu seorang Melayu yang sejati pula?

7) Saya tidak membeli buku karya Zaid Ibrahim tersebut. Saya memang ingin memilikinya tapi takut pula kalau saya beli buku tersebut, buku yang Khairul pinjamkan 'alias Chin Peng' tak dapat pula saya khatamkan. Tapi selepas habis buku komunis ni mesti saya dapatkan buku Zaid Ibrahim yang nampak sangat menguja kalau dinilai dari tajuknya. Tapi isinya siapa tahu? Orang yang sudah membacanya pastilah sudah tahukan... hehehe

Redha ben Shahrir

Sunday, 21 June 2009

Semua Buku Aku Teringin Baca.


1) Blog yang saya terbitkan siang tadi ada sikit silap. Sebenarnya dalam persembahan theater anak-anak di Lot10 siang tadi ada juga anak-anak Melayu yang turut serta. Ibubapa mereka turut ada sama menonton memberi sokongan. Bertuah juga anak-anak itu ada ibubapa yang demikian. Sanggup hantar anak ke akademi theater. Dari buang masa dengan melepak baik juga 'joint' aktiviti yang macam itu. Pelajaran yang saya boleh belajar hari ini antaranya adalah jangan menilai manusia dengan sekali pandang. Apa ada pada warna kulit?

2) Dalam seminggu ni saya berjaya membaca 4 buah buku. Ini rekod terbaik dalam seminggu sepanjang usia 25 tahun ni. Buku yang paling meninggalkan kesan ialah buku karangan Hasrizal Abdul Jamil, "Aku Terima Nikahnya" dan "Aku Terima Nikahnya 2 Bercinta Sampai ke Syurga". Kenyang otak dibuatnya. Kalau ada sesiapa yang belum pernah dengar tajuk buku ni silalah pergi ke kedai-kedai buku berhampiran anda. Kepada sesiapa yang kenal dengan saya dan teringin nak baca buku tu 'free' dari saya buat masa ni tak dapatlah ye... Fasal bukunya sekarang tak ada ditangan saya, Hanan 'member' dari The Curve pinjam. Tapi yang siri satulah, yang siri dua ada pada saya.

3) Dua malam lepas Khairul bagi pinjam buku "alias Chin Peng", baru baca satu muka surat tapi gambar-gambar dalam buku tu semuanya dah habis saya tilik. Dah lama juga teringin nak membacanya tapi nak dibeli mahal nak dipinjam tak ada pula orang yang memiliki. Buku "alias Chin Peng" ni tebal. Kalau ikut rekod-rekod biasa saya, buku yang semacam ini mahu seminggu baru habis.

4) Orang cakap baca Utusan Malaysia termakan propaganda UMNO, baca Harakah propaganda PAS, Roket propaganda DAP, Suara Keadilan propaganda PKR dan kalau baca buku komunis nanti termakan pulak propaganda komunis. Nak gelak besar-besaran pun ada kalau dengarkan cakap kawan-kawan yang gila ni. Habis kalau kita baca semua macammana? Semua propaganda kita makanlahkan, kenyanglah. Nasihat saya pada semua, kalau ingin membaca, bacalah bahan yang pelbagai. Jangan senantiasa setia dengan satu sumber saja. Kalau setia dengan satu sumber saja tu yang otak jadi beku tu asyik fikiran yang sama saja masuk dalam otak kita... Maka jadilah kita macam pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang hidup dengan TV1,2,3,7,8,9, Utusan, Berita Harian dan Metro dan sebab itu slogan mereka "dulu, kini dan selamanya", UMNO dan Barisan... Hehehehehehehe...

5) Selama ini kita didedahkan dengan bahan bacaan yang banyak dari puak-puak yang berhaluan kanan. Kalau yang kiri sikit sekali jumlahnya dipasaran, dan kalau ada pun di pasarkan bahan-bahan ini sudah ditapis-tapis oleh puak yang kanan ini. Nak buat macammana kanankan biasanya lebih kuat dan berkuasa dari sebelah yang kiri. Jadi redha sajalah... Tapi kalau ada peluang untuk membacanya, bacalah! Jangan lepaskan peluang membacanya. Hidup kena seimbang, jangan masukkan ke otak maklumat hanya dari satu sumber, nanti jadi bodoh. Teringat pula dengan Sheikh Ahmad Deedat dari Durban, dia suka berdebat. Berdebatkan bagus terbuka otak kita dalam menilai sesuatu.

6) Kalau boleh saya teringin membaca buku karangan Salman Rusdi, The Satanic Verse. Kenapa sampai boleh pula Ayatollah keluarkan fatwa bunuh pada si Salman ni... Mushkil saya.

7) 'Anyway' selamat malam semua...

Redha ben Shahrir.

Anak-anak yang di Bukit Bintang.


1) Hari ini masuk kerja jam 12:30 petang agak sibuk. Banyak kerja-kerja yang 'pending' dua tiga hari lepas terpaksa diselesaikan hari ini. Pun begitu tidaklah sesibuk mana dan lepas dua jam setengah semuanya selesai.

2) Hari ini depan kedai 'Schein' di Lot10 ada satu persembahan theater kanak-kanak sempena hari bapa. Entah macammana masa latihan dulu agaknya tak tahulah, pasal kelihatan semuanya bersepah-sepah tak ikut susunan. Tapi comel juga nampak kanak-kanak yang bagi persembahan bersepah macam tu, teringat pula masa kecil dulu disekolah rendah. Selalu buat persembahan pentas dan selalunya semua persembahan tu mestilah bersepah-sepah. Apapun ianya sangat comel dan menghiburkan, sekurang-kurangnya ada juga perkara baik yang kanak-kanak tu lakukan.

3) Dalam persembahan tadi tak kelihatan seorang pun anak Melayu ambil bahagian. Tak tahulah kenapa. Mungkin anak-anak ni dari sekolah antarabangsa barangkali fasal semua yang ambil bahagian kulitnya cuma dua jenis, samaada putih melepak (anak Cina dengan Eropah) dan kulit gelap (pastinya anak India pasal tak rupa macam anak Afrika).

4) Persembahan anak-anak ini memang comel. Saya terhibur, rakan-rakan saya juga turut ketawa melihatnya. Sayang anak Melayu tak turut serta. Kalau di Bukit Bintang ni hari minggu macam ni anak muda Melayu memang ramai, jumlahnya kalau dikumpul-kumpulkan mungkin sampai ribuan orang dan mungkin kalah kalau dibandingkan dengan jumlah orang yang turut serta dalam demonstrasi-demonstrasi yang pernah diadakan sekitar Kuala Lumpur ini.

5) Kerja anak-anak muda ini tiada lain melepak, jumpa kawan dan bila dah bersua muka sama-samalah melepak memenuhkan ruang yang ada di sisi-sisi jalan di Bukit Bintang ni. Mungkin mereka bosan di rumah. Maklumlah rumahkan membosankan.

6) Sayang anak Melayu. Manalah perginya pejuang-pejuang UMNO di sekitar Kuala Lumpur ni? Apa tak perasankah? Atau saja buat tak peduli? Masalah remaja yang begini sebenarnya bukan salah mereka saja, saya tahu semua orang pun tahu yang remaja lepak-lepak tanpa pedulikan rasionaliti hidup ini bukan salah remaja saja. Salahnya alam sekitar. Alam sekitarnya yang merosakkan otak dan pemikiran manusia di kota-kota ini. Dari yang tua sampai ke anak-anak dan semestinya anak-anak Melayu yang banyak jadi mangsa.

7) Macammana anak-anak muda nak menyokong kerajaan UMNO/BN, mereka bukan peduli pun dengan masalah sosial anak-anak muda zaman sekarang ni. Semuanya sibuk dengan berpolitik bagi mengukuhkan kuasa yang masih ada. Sama macam cerita saya semalam, tak seorang pun cuba cari jalan penyelesaian, semua sibuk berpolitik supaya jadi lebih menonjol kedepan.

8) Apa guna menonjol kedepan seorangan sedangkan yang dibelakang kita hancur berantakan? Carilah jalan menyelesaikan masalah. Bukan cari sesuatu untuk dipersalahkan...

Sekian hari ini, selamat cuti.

Redha ben Shahrir

Saturday, 20 June 2009

Today Many "Wrong" Happen To Me.

1) Today (20/06/09) I wake up at 10:05 am. My afternoon shift start at 12:30 pm. Usually I wake up myself around 10 am but not today. Yoshi Weng giving me a shocking wake up call by calling my cell-phone saying that my shop is not yet open at 10:05 am. 30 second he talking to me on the phone my "Schein" colleague Khairul is there, what a reliefe for me... The problem is if any shop open later than 10 am in Lot10, the Lot10 Mall management will be happy giving us RM500 fine because of late opening. But lucky that not happen today, thank's to God.

2) But it's only for 2 second reliefe after the arriving of Khairul when this Yoshi Weng said that he did not have the shop key that I've passed to him a night before. He make some stupid lied to excuse himself from become the one who get the blame by saying that I did not passed the key to him!!! I can't believe that ya. He's my friend and I thought I can trust him with that key. He make up a story to save himself because he forget to bring the key to work today. Not only that, he also call up our other colleague Kevin (Yoshi best friend), who work in Mid-Valley today to explain the situation that I did not give him the shop key and now the shop is not yet open and no one can open the shop because only me and Muling (other colleague who taking off today) have the key to this shop. This Kevin immediatelly called our manager Donna at The Curve explaining the situation like how Yoshi have explain to him. Donna at that time called up Khairul to get more information about what happen and of cause someone (which is of cause me) have to be blame to this insident.

3) I'm in Shah Alam still in my bed and not moving from it yet. I do understand this office politicus is doing nothing proactive to solve this problem, instead solving their blaming. I call up Muling asking Muling to pass the key to Khairul, I ask Khairul to get Muling at her house. That's the best plan availlable at that tense moment, and not long after that help from God come. Muling's husband Redza willingly send Muling's key to Khairul in Lot10, problem solved and summon RM500 is not issue because I don't know why. It's late but not too late maybe that's why.

4) After all this dumb ass drama end up, Yoshi sms me and say sorry. First sms he say sorry but did not admit that he forget to bring the key, it just sorry. Second sms say sorry and say's he will try to find the key in his yesterday's pant. Third sms saying sorry and dont angry me.

5) I'll tell you what is the moral of this story tomorrow... Because now I just feel sleepy...

Good Night...